Lama tak buat spaghetti, semalam wife ada beli meatball tesco, sedap meatballnye kalau tak pernah try cuba cari di bahagian frozen tesco. Cari spaghetti tak ada pulak, tinggal yang Angel Hair je, bedal je lah.
Bahan bahannye mudah aje
1 biji bawang bombai/holland - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 bji lada benggala/capsicum hijau dipotong dadu
1 tin tomato puri
1 tin tomato tin (tiada pon tak mengape)
Sesudu besar daun oregano atau mix italian spice
MInyak zaitun atau sayuran untuk menumis (minyak sawit je)
Gula dan garam secukup rasa
Tumis bawang holland sebentar kemudian baru dimasukkan bawang putih dan goreng sehingga sedikit layu. Masukkan sesudu besar italian mix spice atau oregano dan tumis sebentar.
Masukkan pula lada bengala dan masak hingga layu sedikit.
Masukkan pula tomato tin dan puri tumis sebentar dan masukkan air (air tu saya ikut jumlah tin tomato, kalau kurang tambah tapi jangan sampai cair)
Renih sehingga mendidih dan garam gulakan mengikut selera. Kalu nak ada rasa daging sikit walaupun tak buat bolognese style, masukkan sebiji kiub daging atau stok pati daging, lagi sedap.
Ini sos asas je, boleh murnikan dengan daging cincang, susu atau cheese untuk tambah kelazatan.
Bila siap, tuang kuah atas spaghetti dan masukkan bebola daging yang digoreng. Sedap dan menyelerakan. Rasa masam manis berlemak dan sedikit rasa rempah.
No comments:
Post a Comment