Friday, 26 January 2018

Tempoyak Ikan Keli


Hari ni teman nak masak Tempoyak. Terima Kasih Dak Ajep kerana sudi menghulur sedikit bantuan tempoyak baru dari kampungnya di Tanjung Malim.Dapat le dua kali masak kot, rezeki.



Bahan buat masak tempoyak ni pada teman ler, senang bebeno. 
3 ekor ikan keli saiz sedang dikatam
Tempoyak dalam 2-3 sudu besar (lebih lagi sedap dan pekat)
1 biji cili hidup* tumbuk
6-10 biji cili api*
setengah inci kunyit hidup (serbuk pon boleh)*
Sebiji timun tua
2-3 sudu besar tempoyak
3 keping asam gelugor
Sehelai daun kunyit 
Sebatang serai diketuk 




Masukkan semua bahan dan air. Masukkan juga 2-3 keping asam keping. Renihkan sebentar sehingga mendidih.



Bila dah mendidih masukkan timun tua. Biarkan timun separuh masak dan garam gulakan ikut tekak.



Masukkan ikan keli ratakan ikan biar semua tenggelam. Renih sehingga ikan masak.


Makan dengan nasi putih, kuah bior melembang dalam pinggan. Elok pedas nye. Sebelum masuk ikan rasa menusuk pedasnya, bila ikan dah mesra, lemak dah keluar, baru rasa sedapnya. Sedap sehingga menghirup kuah.




No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...