Saturday, 13 January 2018

Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api


Teringat minggu lepas ada beli ayam pencen dekat area pekan Batu 14 Hulu Langat. Kedai sembelih ayam ni kedai orang Islam Melayu kita. Dah seminggu terperam dalam peti ais, so ingat nak buat ayam pencen masak lemak cili api berkentang. So on the way bapak pergi ambil Sofia balik dari sekolah, singgah kedai sekejap untuk beli kentang, Muhammad suka sangat kentang. Bahan bahan lain dah ada dekat rumah. Pastu teringat pulak kat sekolah ada pokok belimbing buluh dan masa pagi tadi nampak buah tengah banyak, singgah sekolah sekejap dan dapat le petik sedahan, jadilah untuk dijodohkan dengan ayam dan kentang tadi.


Resepi masak ayam masak lemak ni tiada beza pun dengan resepi-resepi yang sedia ada di luar sana, tweak sikit sikit je, ikut personal preferences. Ada yang suka letak itu dan ini. Tapi hari ni bahan-bahan dia ada lah seperti berikut.
Kunyit, bawang, cili api,asam keping, daun kunyit, buah belimbing buluh dan serai. Semua bahan ini dikisar kecuali belimbing, asam keping dan daun kunyit.
kentang dipotong kasar dalam 4 biji.
lambung semua bahan kisar dalam periuk dan masukkan air, jumlah air agak agak..yg ni dalam 500-700 ml air. Air kena sukat betul-betul takut kuah tercair. Ada yang pakai santan cair dahulu, tapi kali ni pakai air je. Renih sehingga mendidih dan masukkan ayam.

Renih ayam sampai empuk, minima pon dalam setengah jam. Biasanya sesetengah orang, masak sampai sejam juga, kalau tak keras jegang ayam tu, mau patah gigi ngokak nye. Akif dah mengadu gigi depan dah goyang, kasihan pula. So renih laa dalam setengah jam, sampai kuah dah surut sikit.
Bila dah empuk, masukkan buah belimbing buluh dan masak sebentar sebelum santan dimasukkan. Bapak suka pakai santan kotak je, senang. Pakai santan jenama Kara. Santan cap ni rasa dia sedap sket bau macam bau santan ori berbanding santan cap lain. Tapi ikut selera tukang masak le. Kara takder bayo ke bapak pon komisen promote.

 lepaih santan dimasukkan, masak api sedang atau perlahan. Jaga jangan sampai pecah minyak, tak lawo berketui-ketui. Lepaih tu garamkan secukup rasa dan tambah gula sedikit jika perlu untuk tunekan rasa. Setengah orang marah bila masak boh gula. Tapi bapak boh pasei tengok dalam tv, chef tu kata add sugar to taste and adjust. Masakan ayam masak lemak cili api ni memang pedas, so gula tu penambah perisa untuk lengkapkan masin masam pedas kuahnya. Kalau tak sior bubuh pon tak ngape.
gulai lemak ayam pencen
Udoh siap kome, secukup rase. Sofia kater sedap walaupun pedas sikit. Cuma ayam masih tak cukup empuk. Nasib baik Akif tak komplen sangat. Lain kali ayam tu nak kena bior betul betul empuk. Kalau Tok deme makan, mau tercabut gigi palsu wehhhhh. Dia punya masam manis  pedas memang terangkat. Masam dari buah belimbing buluh dan asam keping secukup rase. Buah belimbing udoh hancor lebor, tak mandang pon. 
jadi le, makan selauk je. Pakej semua ada dalam tu. Kalu tak jenuh pule nak mengadun dapur sampei 2-3 jenis lauk dan sayor. Berulang ke dapur si Muhammad ngambek ayo di mesin ayo Cuckoo. Pedaih sikit gamaknye. Sabo je le ye Muhammad, kalau tak pedaih, bukan masak cili api namanye.Tapi nampok gaye dia tahan.









No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...