Saturday, 10 February 2018

Yong Tau Foo

Yong Tau Fu

Sempena umur bapak mencecah 70 tahun dan Besday Ibu Mertua Hajjah Zainab Musa, Teman kabor ke wife nak buat yong tau foo. Bapak memang gemor yong tau foo ni, dari teman kecik sampei ke beso. Teman dah buat kuah ni berkali-kali dah. Meh, teman kongsi cara membuatnye.



Bahan Bahannye senang aje
Sesenduk kecil Sos Cili (tak ada pon tak ngape)
Setengah Senduk Sos Tiram
Setengah Senduk Kicap Pekat (jika nak gelap)
Sesenduk Kicap Manis 
Sesenduk Petis udang (kalau pakai belacan pon boleh, tapi jangan sikit sangat, nanti tak berasa)
Sesudu besar atau lebih taucu masin
Gula Melaka 2 ketul
Cili kering Blender 2 sudu besar (nak pedas lebihkan)
Kuah ni teman tak buat sambalnye, incorporated je dalam kuah manis, tu yang letak cili blender tu




Cara masaknye mak ai, kisar taucu dan belacan atau cili kering goreng (teman pakei yang dah kisar siap) senang bebeno weh. Masukkan 2 bketul gula melaka dalam periuk berisi 3/4 air dan cair didihkan kemudian masukkan bahan kisar tadi dan renih.





Bila dah mendidih, masukkan semua jenis sos. Sos tiram, sos cili, kicap dan petis udang dan gaul hingga sebati.(kalau rasa kurang sampai, adjust sendiri bahan2 sos tadi.) Petis udang dalam botol kecil ada dijual di pasar raya.

Kuah Yong Tau Foo

 Didihkan dan perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. says letak 2 sudu besar garan dan tambah sesenduk gula ( kuah yong tau foo memang rasa manis sedikit naik kena lawankan dengan garam) Untuk pekatkan kuah bancuh sesenduk atau 4 sudu besar tepung jagung(ada yang guna tepung gandum dan sebagainya) dengan air dan masukkan kedalam kuah. Mula-mula nampak macam cair tapi apabila sejuk ia akan memekat. Masak kuah sehingga mendidik dan kering sedikit (kuah akan lebih pekat dan tahan lama)

Yong Tau Fu

Rebuslah bahan yong tau foo seperti Ngor Hiang, kuey tiaw, bebola ikan, fucuk goreng, crab filamen dan berbagai lagi kalau tiada benda benda ni fishcake dan fishball pon jalan. Kalau beli dekat luar pon boleh tahan harganya, kos kuah memang tak besar tapi kos bahan rebusnya boleh tahan, tapi dapat makan ramai. Apa pun nak makan sekali sekala apa salahnya. Resepi kuah ni boleh setengahkan kuantitinya. Separuhkan semua bahan kuah. Semoga resepi ni menjadi sumber inspirasi untuk semua pelawat blog ini.

2 comments:

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...