Saturday, 10 February 2018

Ikan Sardin Masak Sambal


Minggu ni bawa team bola baling, balik dah penat so masak yang mudah mudah je. Ada sardin dalam almari, sardin murah je. Tapi kalau kena masaknya, bahannya sedap juge. Resepi ni tak payah ajar pun takpe, resepi asas semua rumah di Malaysia dengan cara masing-masing untuk menikmatinya. Kreativiti sendiri untuk memantapkan lagi rasa sardin ini.


Bahan Bahanya
Setin Sadin cap RODA, kalau ada bajet lebih boleh ambil yg premium
3 Biji bawang putih dihiris
Sebiji Bawang besar dihiris
Sebiji Cili hidup dihiris
Asam keping atau asam jawa
Sos Cili dan Tomato sesudu besar
Sesudu kicap manis atau masin
Cili Api jika mahu


Teman goreng dulu sardin tadi, kuahnya jangan buang, nak guna untuk menumis.



Tumis bahan tumis sehingga kekuningan, masukkan sesudu cili giling



Masak cili sebentar dan masukkan asam keping dan baki kuah sardin tadi serta secawan air



Apabila kuah mendidih, masukkan sesudu kicap manis, sesudu sos tomato dan cili dan teruskan merenih sehingga semuanya mesra.



Masukkan pula sardin yang digoreng dan masak sebentar. Dah siap, sedap ni kalau ada ubi kentang. Tapi pasal dah penat, mana yang ada dekat dapur jelah. Malamni makan sardin, sempat goreng ikan pari masin 3 keping makan dengan ulam cicah budu cili api, nyum..terangkat.







No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...