Wednesday, 31 January 2018

Mee Hailam


Sempena public holiday Thaipusam, bawak family pergi minum petang dekat kedai Cendol Pokok Jambu berhadapan SAMTEN, Batu 9 Cheras. Teman test dia punya Mee Hailam. Sekali kena dengan tekak, lama dah tak makan Mee Hailam yang ada rasa, selalu jumpa banyak rasa kuah campur kicap je. Wife kata adik ipar nak singgah petang ni, jadi otak ligat memikior apa nak dijamu (tetamu datang kena raikan jika berkesempatan) masa balik singgah Mydin Nanding, Hulu Langat untuk beli bahan Mee Hailam.





Bahan-bahan dia macam banyak tapi tak le banyak sangat.
2 pek mi kuning biasa atau dapat yang kasar pon best
2 biji bawang besar(dicincang)
5-7 biji bawang putih (dicincang)
1 kiub ayam
1 pek bebola ikan
1/2 kilo daging dipotong kecil
2 dada ayam dipotong kecil
6 ekor sotong saiz sedang dipotong
1 biji karot disagat sedang atau ikut suka
Seikat Saw
Sedikit Kobis Bunga (dalam gambo tak ada lupe snap)
2 sudu besar Sos Tiram Maggi (lupe nak ambik gambor)
2 senduk sos cili Life
1 senduk kicap manis Jalen
1/2 senduk kicap pekat Jalen
1 sudu besar garam
1 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air



Tumis bawang cincang sehingga kekuningan dan masukkan sesudu dua cili kisar (nak bagi pedas sikit) teruskan menumis sehingga cili masak.

Seterusnya masukkan 1 liter air, kiub ayam,daging lembu dan ayam dan renihkan sehingga mendidih.

Masukkan semua sos dan kicap mengikut sukatan, sayuran dan teruskan memasak.



Masukkan pula sotong dan bebola ikan, sawi dan teruskan memasak. Bolehlah mula rasa sedikit kuahnya dan sesuaikan dengan jumlah garam. Gula tak perlu lagi kerana kicap dan sos ada rasa manis.



Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah dan masak sebentar.


Dah siap pon, sedap weh. Melalui deria rasa mengatakan hampir menyamai rasa dekat kedai cendol tu. Alhamdulillah.











Bubur Lambuk


Hari ni malas bebeno nak masak, kepala duk pikir masak senang. Tanya gelpren, dia kata makan bubur pon ok, tros ingat bubur lambuk. Meh jom kite tengok cemmana rupa masaknya.



Bahan-bahanye
beras secawan
4 biji bawang merah dihiris (rebus bersama beras)
Seinci Halia ( rebus bersama beras)
3 biji bawang putih (rebus bersama beras)
Bahan Tumis
Rempah 4 beradik dan sesudu halba
Sebatang serai diketuk
4 biji bawang merah dimayang
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar udang geragau



Rebus beras dengan bahan hiris serta 400 gram isi daging hingga kembang dan daging empuk.


Bila dah kembang, masukkan 250 santan Kara yang dibancuh sedikit dengan air.



Segala bahan tumis tadi digoreng dengan minyak hingga naik bau (jaga-jaga jangan hangit)
kemudian curahkan kedalam bubur. Ni namanya tumis darat.


Masak api sederhana dan selalu kacau, takut hangit di bawah.Rasakan garamnya, kalau cukup garamnya memang terangkat dan masukkan sebiji kiub daging. Dah siap, resepi ni tiada menggunaan gula. Rasa lemak berkrim.


Hias dengan daun bawang dan bawang goreng. Perghhh, macam bulan puasa mengkeme oiii...tak tahan dah ni. Jamu dulu. Resepi ni lah diberikan kepercayaan oleh officemate Mas Tenty untuk buat program bubur lambuk perdana tahun lepas (Alhamdulillah, semua pakat kata sedap) buat 3-4 periuk besar tu. Bebudak bertambah.






Tuesday, 30 January 2018

Ayam Masak Taucu Masin


Dari kecik makan masak taucu/tocu. Sekali sekala layan juge. Ni resepi mudah masak taucu ayam berkicap.



Bahan-bahan nye ialah
3-4 biji bawang merah diracik
2 -3 ulas bawang putih dihiris
seinci Halia dipotong panjang
Cili hidup dan padi (ikut selera)
Sebiji Timun tua
Sedikit air asam jawa
Sesudu besar taucu tamin (taucu masin dan manis pon boleh)
Sesenduk besar kicap manis
Ada setengah letak rempah 4 beradik tapi kali ni tak letak pon
Isi ayam dalam setengah kilo dan digoreng kunyit.


Mula-mula goreng isi ayam dan ketepikan.


Tumis bawang dan halia sehingga naik bau.


masukkan sesudu taucu dan tumis lagi.


Masukkan air asam jawa diikuti kicap manis dan timun tua, masak sehingga timun empuk.


Rasa gulanya dan masukkan air jika kuah sedikit dan rasakan masam manis masinnya. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Masak sehingga semua sebati. Senang yak. Main lambung-lambung je yeop.

Tu le ropenye ataih nasi, lapo ni weh. Teman bedal dulu.









Mee Jawa

Mi Jawa

Hari ni nak masak Mee Jawa. Last makan Mee Jawa sedap masa tinggal di Port Dickson, kedai makan pagi dekat jalan Port Dickson bypass, pagi-pagi penuh, geng-geng kerja kerajaan pon ramai.



Bahan-bahan senang sesangat cuma nak mengadunnye mungkin renyah.
Daging lembu sekilo atau lebih direbus seketul ( isi dipotong nipis, air rebusan untuk kuah) kalau selit dengan tulang temulang lagi kaw rasa dia.
2 sudu besar Udang kering 
2 sudu besar udang geragau
4 bawang kecil dan 2 bawang besar
4-5 ulas bawang putih
seinci Halia dan Lengkuas
Kisar semua bahan ni.
Kemudian dalam sekilo ubi keledek ( ada yang campur ubi kentang-ikut le selera) direbus dan dilenyek.



Tumis semua bahan hingga naik minyak (pastikan bahan blend dimasak elok sehingga pecah minyak, kalau tak, tak sedap)



 Bila bahan tumis dah mula pecah minyak, masukkan cili kisar dalam 3 sudu dan tumis lagi hingga cili masak. Apabila dah masak, letak seketul gula melaka, masukkan air rebusan daging dan renih hingga mendidih dan masukkan seketul kiub daging (perlu untuk naikkan rasa jika air rebusan daging tiada tulang)



Masukkan pula keledek yang dilenyek kedalam kuah tadi dan gaul rata.


Masukkan asam keping dalam 2-3 keping (ikut kualiti asam), suaikan garamnya, manis tadi datang dari keledek dan gula melaka, tambah gula jika perlu. Dah siap.


Ni rencah malas, patut ada bawang goreng dan tahu goreng. Ni pon jalan. Resepi ni full proof, Geng Jollok( geng grup masak) dah buat dah.






Friday, 26 January 2018

Kari Ikan Pari


Semalam kite makan tempoyak, hari ni tetiba plak nak makan ikan pari so teman nak buat Kari Ikan Pari. Serampang dua mata lauk ni. Buat kuah kasi cukup rasa, esoknya lebihan kuah boleh buat cicah dengan lempeng. Terangkat sarapan esok.





Ini le bahan-bahan yang teman pakei bila buat kari ikan.
Bawang Besar 2 biji
Bawang kecil 4 biji
Bawang putih 5 ulas (bawang bawang ni diblend dan simpan sikit dimayang untuk menumis
Halba campur
Daun Kari 4 tangkai
Kacang Bendi
Terung bulat sebiji dibelah 6
Serbuk kari ikan Adabi 3 sudu besar + 1 sudu besar serbuk kunyit dan sesudu serbuk cili



Tumis bawang hiris sampai kekuningan dan naik bau, masukkan halba campur, bawang kena betul-betul masak dan kuning kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. Api dapur kena sedang tak besar tak kecil (kesilapan disini boleh menyebabkan kuah kari terhangit atau kurang masak menyebabkan kuah kurang rasa)



Apabila tumisan dah pecah minyak, masukkan daun kari dan campuran serbuk kari. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga rempah masak, pecah minyak dan berbau wangi. (Satu rumah bau kari lapor jadinyee)



Bila rempah dah naik minyak, masukkan semangkuk air dalam 500 ml dan asam keping. Masak hingga mengelegak dan garamkan (garam kena cukup yg ni saya pakai 2 sudu kecil penuh, kalau tak kari tak naik rasa dan tak umphh) Saya masukkan gula sesudu untuk seimbangkan rasa rempah dan santan.




Seterusnya, masukkan isi ikan pari dan sayuran yang dipotong tadi. Buka peti ais, jumpa sebiji tomato terus lambung sekali. Renih sehingga sayur dan ikan masak.



Selalu buat kari mamak tak letak santan, tapi hari ni nak makan versi Melayu (boh santan kara 250 ml yang dibancuh dengan air) jumlah santan cair ini mestilah sama ratio dengan jumlah air ketika menumis tadi, kena sama banyak. Renih api perlahan sehingga menggelegak tetapi jangan sampai pecah santan. Dah siap wehh..makan gulai rempah berbau satu romah teman.


Nampak elok minyak dia.


Makan pulak dengan nasi putih. Akif makan bertambah dengan Muhammad. Nampak gaya depe suka makan kari.










































Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...