Friday 19 January 2018

Paprik Ayam Sotong


Hari Jumaat ni teman nak masak Paprik Ayam dan Sotong. Lauk ni pebret orang rumah. Tadi beli ayam dengan sayuran dekat KMART.



Bahan-bahannye majmuk sikit,  vege campor karnivor.

Sebiji karot dipotong panjang, bunga kobis, badik jagung, sebiji lada benggala, sebiji tomato, bawang putih 4 biji diketuk, serai 3 batang dititik, 2 sudu besar cili kisar, seinci halia dipotong panjang, isi ayam rebus (teman gemor rebus dulu bior buang lemak-lemaknye), sotong dan seketul kiub ayam.



Tumis bawang putih dan halia hiris sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.


Teman guna 2 sudu besar sos cili dan tomato. 2 sudu besar kicap manis dan sesudu besar sos tiram.




Masukkan segala sos dan tumis sebentar. Tambahkan ayor mengikut jumlah yang dikehendaki, di iringi seketul kiub ayam dan 3 batang serai yang dititik. Renih sebentar dan perasakan dengan garam atau gula jika perlu. Biasanya tambah sedikit sahaja, dalam setengah sudu kecil garam dan gula.



Masukkan daun limau purut yang dicarik dan semua bahan kecuali sotong.


Biar renih sebentar untuk melembutkan sayuran. Tambah air jika perlu.


Anggaran sayuran dah separuh empuk, masukkan sotong dan teruskan merenih sehingga sotong masak.


Kalau sotongnya besor, masak lama sikit tak ngape. Elok bulat besor je sotong tu, meleleh ayor lior wehhh.

Dah siap mengkeme. Nak pergi training dulu, bebudak skoloh dah nunggu.

Ni le ropenye bila ataih mangkuk. Makan dengan nasi putih..perghhhhh.


No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...