COMBO HARI INI
Bila kita kena memasak sepenuh masa, kadang-kadang kena rajin gembeling otak untuk merangka dan memilih menu masakan setiap hari. Kalau menu yang sama je, mungkin cemuih/jenuh bak kata orang Perak. Hari ni teman nak combo Ayam Masak Merah dan Gulai Lemak Labu.
Kalau kita dah merancang, senang nak ngerojekannye. Masak menu mudah dan pantas.
Memule, teman gaul ayam dengan garam dan kunyit, lepaih tu teman siang Labu kuning.
Goreng Ayam dulu, jangan garing sangat, sedang elok 3 suku masak.
Sementara menunggu ayam digoreng, sediakan bahan-bahan gulai labu. Sini teman pakei
Sebiji Cili dipotong kasor
Santan Kara sekotak kecil
2 biji bawang besar
daun kunyit sehelai
ikan bilis segenggam (kalau tak ada -kiub ikan bilis pon boleh)
Lempor semua dalam peroyok, letak sedikit serbuk kunyit dan masak hingga menggelegak. Tengok tu, masak sebelah nyebelah tu.
Ayam yang dah digoreng, biorkan ketepi dulu.
Bila dah menggelegak, secara tak langsung labunya empuk pasei labu walaupun keras tapi mudah lembut. Masukkan cili potong, daun kunyit dan santan. Perlahankan api dapur.
Sementara gulai labu masak, teman dah sediakan bahan-bahan untuk ayam masak merah.
Minyak menumis
Daun kari 2 tangkei
Rempah 4 beradik
Cili Kering Kisar dalam 2 sudu besor
4 biji bawang kecil, 3 ulas bawang putih dan sehiris halia dikisar.
Tumis semua bahan hingga garing sedikit dan pecah minyak, api sedang supaya rempah tak hangit.
Lepaihtu, masukkan daun kari, 2 sudu besar sos tomato@tomato puri dan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak.
Terus menumis dan masukkan setrengah cawan air. Masukkan sedikit gula melaka, sesudu gula dan sesudu garam, jumlah mengikut rasa masing-masing. Bila dah likat sedikit rasa dulu, kalau ok baru masukkan ayam.
Masukkan ayam dan gaul rata, masak sebentar dan pastikan semua bahagaian ayam disalut kuah pedas manis ni.
Ini le ropenye lepaih masak, mengiurkan bile ada depan mata.
Dah siap lauk combo hari ini. Tinggei depe nak bersanding je ni.
Udoh siap mengkeme. Hari pon hujan manjang, ate nye elok le teman makan dulu.Lapor dah rasenye.
Terbaikkk brooo
ReplyDeleteTerbaikkk brooo
ReplyDeleteAlhamdulillah bro. Layan je... 😁
ReplyDelete