Sunday, 14 January 2018

Laksa Sardin Tin


Petang semalam lepas Maghrib, tiba-tiba pula teringin nak makan laksa, dalam peti ais ada lebihan daun kesum dan ada sekuntum bunga kantan. Terus pergi kedai dan beli 2 tin Sardin cap RODA , sardin murah je nak try dan laksa sebungkus. Bahan-bahan lain semua ada dekat rumah.
laksa sardin tin
Sardin tin tu teman toskan kuah sos dia dan siram air lalu sekadar nak bersihkan sos sardin tu je.
Lenyekkan dengan garfu je, malas nak blend, banyak keroje.

Blend 4-5 biji bawang merah serta belacan seketul ( dalam seinci atau lebih), cili kering kisar dan masukkan air.


Masukkan daun kesum,bunga kantan yang dibelah tengah dan asam keping (ini adjust sendiri nak masam mana)
renih sampai menggelegak.
bila dah menggelegak, masukkan garam dan sedikit gula jika perlu, saya masukkan sekali kek ikan.

Renih lagi sampai kek ikan masak dan dah siap. Kuah laksa ni sedap bila dah lama sikit, semua bahan dah mengeluarkan aroma masing. Ada salad je nak dipadankan dengan laksa ni, jadi laa...





No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...