Tuesday 16 January 2018

Kari Ayam

Hari ni nak dinner kari ayam. Daun kari dah seminggu dalam peti ais, dah nak layu. Kari ni biasa-biasa je sama macam orang lain mungkin teknik dan bahan membezakan. Kari ni tak pakai santan, gaya mamak sikit le. Tapi sedap.

Bahan-bahannye senang je.
Ayam sekilo
kentang 4 biji,
Bawang besar 2 bji dikisar dengan seinci halia dan 3-5 ulas bawang putih.
 4 biji bawang kecil dimayang halus
2 tangkai daun kari
Sesudu besar tomato puri
 3 sudu besar rempah kari daging Faiza yang dicampur sesudu kecil serbuk kunyit, sesudu besar rempah kurma dan sesudu serbuk cili. 
Bahan tumis utama ialah rempah 4 beradik
air asam jawa  secukup rasa
garam

Tumis bawang kecil dengan rempah empat baradik sehingga layu dan naik baunya. Kemudian, sambung tumis bahan kisar sehingga garing. Penting untuk bahan tumis ni betul-betul masak dan garing serta pecah minyak kerana ini antara penentu kelemakan dan keenakan kuah kari.



Bila tumisan dah garing, masukkan campuran serbuk rempah ratus tadi dan masak sebentar, jangan hangit ketika ini, sentiasa gaul, kalau kering masukkan sedikit air. Kalau hangit kat sini, kirenye tumpor le kate orang Perak, kerana ia akan effect rasa dan bau. Tumis sampai rempah agak masak dan mula garing dan pecah minyak.

 Bila rempah dah garing, masukkan ayam. Gaul dan masak sampai ayam kecut sedikit, dalam seminit dua.

Kemudian masukkan air secukupnya sekadar paras ayam atau lebih sedikit dan masak sampai ayam empuk dan menggelegak.


Masukkan pula kentang, lobak merah dan air asam jawa. Renih buat seketika hingga semuanya empuk.


Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Bau dia pergghh...satu rumah.

 Dah siap kari ayam tanpa santan. Kalau lauknya habis, kuahnya jangan dibuang, sayang. Simpan dalam peti dan boleh diperangatkan untuk dimakan bersama lempeng atau roti canai segera. Kalau ada roti pon jalan.

No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...