Tuesday 23 January 2018

Sambal Tumis Kerang

Sambal Kerang

Minggu lepas ada beli kerang kopek. Wife request masak sambal. Resepi senang je, bahan asas sama yang lain vergantung pada citarasa sendiri.



Isi kerang setengah kilo, 4 biji bawang kecil, 1 biji bawang besar, 3-4 sudu cili kisar dan sebatang serai diambil isi dalam yang putih sahaja. Serai dan bawangan di kisar halus.



Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan cili kisar, sambung tumis sampai pecah minyak.



Bila dah pecah minyak, masukkan seketul sedang gula melaka dan masakhingga larut (tak payah pakai gula putih dah) kalau nak gula putih boleh letak sedikit.



Apabila sambal dah elok pecah minyak dan gula melaka dah larut, masukkan pula sesudu pes asam jawa yang dibancuh dengan air. Saya pakai 2 sudu besar je, kalau letak semua rasa sambal jadi kemasaman sedikit. Sambung tumis sampai sambal jadi sedikit likat dan garamkan. Resepi kali ni teman tak pakei belacan, selalu buat sambal tumis mesti letak (lupe sebenarmye).



Masukkan isi kerang kopek tadi, saya punya dalam anggaran setengah kilo.



Air kerang akan keluar, teruskan masak sehingga air kering sedikit. Masak sambal ni selalunya ambil masa sedikit.



Bila dah kering sedikit baru elok warnanya dan nampak berminyak (minyak tu boleh buang dulu kalau banyak sangat) ate, masak sambal tumis memang minyak kene banyak weh, pandei-pandei le. Masukkan hirisan bawang besar dan tutup api. Gaul sambal tadi dengan hirisan bawang besar yang dipotong bulat. 

Sambal Tumis Kerang

Sambal Kerang ni kalau kene dengan nasi lemak pon best. Makan nasi putih letak kicap sedikit gu dengan sambal ni, syahduuuu.







No comments:

Post a Comment

Kurma Ayam

Muhammad memang cerewet bab makan dan adakala dia makan dan adakalanya dia tak suka. Tapi kalau gulai kurma ayam atau daging yang dilet...